Welcome to my world. Be nice here. Thank you. +Follow | Dashboard
EXTRAordinary girl
Diary ~~ Mustache ~~ HE&SHE ~~ Buddies



A little girl with a big heart.
Wednesday, August 8, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum.

Hello there. Malam yang sepi ni, aku rasa sangat mengantuk padahal siang tadi tidur bukan main lama. Kuat tidur betul aku sekarang. Haish.

Hari ini aku bangun sahur then online kejap. Lepas online siap terus pergi sekolah. Dekat sekolah borak je memanjang dengan syidot. Time syidot fokus belajar aku mengelamun. Balik sekolah, main game phone ibu then tidur sampai lah dah nak buka puasa. Buka puasa lepas tu sambung main game phone ibu. Dalam pukul 9lebih pergi surau, baca quran. Alhamdulillah. Hari ni dah khatam. Lepas habis khatam semua aku pun pergi lepak kejap. Then 11 lebih macamtu balik. Itu pun sebab ada yang halau suruh balik. Tak sedih pun, sentap sikit. Sentap sikit je pun tak banyak. Tapi sentap jugak. *Ceh, mengayat*

SPM 89 hari lagi... Esok 88, lusa 87, tup tap, 1 hari lagi.
Kejayaan aku sekarang ni.... TIDUR. K, SPM nanti tidur jugak la?

Hidup aku makin hari, rasa makin kosong. Bila ayah kasi duit, aku hangout, beli makanan, lepas tu sorok makanan dalam bilik, esok lusa baru teringat then tahu-tahu je dah tak elok. K, sangat membazir. Aku dah la suka beli something yang cepat expired example roti or biskut yang aku bukak then dah lemau.

Bila dah tengah bulan, aku mula lah nazak. Duit habis. Nak minta sedekah kat ibu, gerenti ibu bebel suruh belajar. Nanti dia kata 'apa jadahnya kau umur muda nak pakai duit banyak-banyak'. Ibu.. duit itu sangat penting. Tapi..k, ibu lagi penting. tak payah la bagi duit. Then aku mula tension. Bila tension apa lagi, tidur lah kerjanya.

Ada boyfriend kuat sentap. Bila aku buat dia sentap, aku gelak-gelak. Bila dia buat aku sentap. Mak aikh, touching habis aku. Itu la aku. Hahaha. But i know, dia just nak mengada dengan aku. Kalau bukan dengan aku, siapa lagi? Hehehe. So, I take it easy. Buang segala ego, for someone that i love.

Wah, maju kehadapan sungguh aku dalam percintaan. Pelajaran? Mundur selangkah. Bak kata pepatah  'selangkah anda maju dalam percintaan, selangkah anda mundur ke belakang dalam pelajaran'. But, aku still sekarang tengah fight segala benda. Aku try untuk constantkn between love and study. Bukan senang sebenarnya. sometimes rasa stress yang melampau tahap rasa nak bunuh diri.

Nak icecream satu! hihihi. 

Jadi, kepada anda yang mempunyai nasib yang sama seperti saya, marilah kita bersama-sama 'Hulurkan tangan, ringankan beban' Dail no talian berikut 0123456789 untuk menderma seikhlas mungkin untuk perbelanjaan saya pada bulan ini. Saya hendak shopping raya!!!!!!!!!!!!*mogok* Maaf kerana keterlaluan. Hihihi. Raya nak dekat, exam trial pun nak dekat, rasa nak cucuk otak guna tisu sekarang! Argh

SHALOVA, XOXO

Older Post | Newer Post

videokeman mp3
Heartless – Dia Frampton Song Lyrics